
Pada tahun 2020, MZH Design telah menceburi industri pembinaan rumah pasang siap MAMPU MILIK bagi membantu individu yang ingin memiliki rumah dengan kos yang minima. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu memiliki rumah mampu milik kerana kos rumah mampu milik di Malaysia masih mahal. Beberapa kajian telah dibuat dan akhirnya, kami memilih bahan besi dan bahan binaan lain yang terkini agar rumah akan lebih tahan lama, kualiti yang baik dengan kos yang rendah. Di antara percubaan bahan yang digunakan untuk projek-projek di bawah kendalian MZH adalah Hotel D’Village Karai (Kuala Kangsar), Kampung Warisan Budaya (Kuala Kangsar), Pusat Latihan CONSIST (Ulu Kelang), unit Banglo (Ulu Kelang), Dewan Perdana Suria (Ulu Kelang) dan juga unit Banglo Perth (Australia). Kemasan luaran tersebut adalah menarik, tahan lama dan bersifat kontemporari.
Adalah diharapkan konsep rumah pasang siap MZH Design yang dikenali RUMAH MAMTAP ini dapat membantu individu-individu memiliki rumah asas sensiri terutamanya yang tinggal di luar bandar tanpa perlu menunggu masa yang lama dan terhindar dari menjadi mangsa terbengkalai. Sama-samalah kita menjayakan misi ini berdasarkan slogan kami :
Miliki Apabila Mampu dan Tambah APabila Perlu (MAMTAP)
KONSEP
- Miliki rumah apabila mampu dan tambah apabila perlu
- Ruang boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan dan kemampuan anda
- Ruang boleh ditambah atau dikurang mengikut perjalanan hidup anda
- Kurangkan bebanan kewangan anda
APA ITU RUMAH PASANG SIAP MAMPU MILIK MAMTAP?
Ruang rumah direkabentuk secara modul dan ditambah mengikut keperluan dan kemampuan berdasarkan perjalanan kehidupan anda.
TUJUAN
Membantu anda memiliki rumah dengan simpanan yang ada.
APA ANDA PERLU ADA?
- Tanah kosong sekurang-kurangnya 7meter X 6meter (23kaki X 20kaki) untuk modul asas dan boleh dilalui oleh lori dan kren
- Sedikit wang simpanan
KEBAIKAN RUMAH MAMTAP
- Cepat dan tanpa perlu tunggu 2 tahun untuk siap rumah
- Rumah direkabentuk untuk keperluan asas
- Boleh diduduki selepas dipesan 6 minggu
- Rumah mempunyai kawasan untuk tanaman
- Kerja tanah minima
- Rumah boleh dipindah jika perlu
- Warna pilihan sendiri
- Bahan binaan moden tidak dimakan anai-anai
- Kemasan & kualiti memuaskan kerana kerja dibuat di kilang
- Ruang keperluan ditambah apabila mampu
- Sesuai dibina di mana-mana
- Tanpa tekanan kewangan melunaskan pinjaman
- Boleh menggunakan generator jika tiada bekalan elektrik di tapak
- Rekabentuk rumah yang selesa mempunyai siling tinggi, lantai bertingkat, tingkap yang luas menghadap utara & selatan untuk pencahayaan & pengudaraan semulajadi yang secukupmya, dan penghujung bumbung yang rendah untuk mengelak tempias air hujan.